ADSNIAGA

Wednesday, March 16, 2011

BANK PERSATUAN MALAYSIA BERHAD


Baru-baru ini, ada seorang kenalan berbincang mengenai pelaburan unit amanah didalam Facebook nya dan dalam banyak-banyak pandangan, saya amat berminat berkenaan pelaburan di dalam Bank Persatuan Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai Bank Persatuan.

Secara ringkasnya, Bank Persatuan adalah bank koperasi yang ditubuhkan dibawah Akta Koperasi 1993. Dulunya, ianya terdiri daripada keanggotaan dari 21 buah Syarikat Kerjasama Kampung di Seberang Prai sehinggalah pada tahun 1971 ianya dibuka kepada orang perseorangan.

Dari segi pembelian syer, ianya terbuka kepada Bumiputra Melayu, warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Pelaburan minimum adalah RM500 @ 50 unit dimana 1 unit=RM10.00. Ada had maksimum pelaburan iaitu RM2,000.00 (berkuatkuasa 1 Januari 2011). Perlu sertai skim takaful RM25 setahun beserta fee RM20. Dividen pernah mencapai 12% pada 2005.

Apa bezanya dengan unit amanah??..
1. Terbuka kepada semua.
2. Pelaburan minimum RM1,000 @ 4000 unit dimana 1 unit= RM0.25.
3. Tiada had maksimum melainkan dana tersebut telah SOLD OUT.
4. Takaful diberikan PERCUMA untuk Public Ittikal Fund jika melabur RM10,000 ke atas.
5. Dividen minimum 12% ke atas.
6. Ada pertumbuhan modal iaitu jika hari ini invest dana harga RM0.25 tahun depan bila dana naik ke RM0.30, secara automatik anda telah untung RM0.05 bagi setiap unit yang anda ada.

Pada pandangan saya, kedua-dua pelaburan ini mungkin berbeza dari segi risiko. Tapi "the higher risk, the higher return". Terpulang kepada risiko yang anda sedia ambil, selagi objektif anda untuk long term, kesan risiko adalah amat kecil.

Pandangan anda amat dialu-alukan.. Bak kata pepatah "Sharing is Caring" :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...