ADSNIAGA

Monday, February 21, 2011

MISKIN SELEPAS PENCEN


Tajuk ini saya ambil dari petikan dari blog WANMUS.COM. Amat menarik!

Menurut kajian KWSP, jumlah simpanan RM114,000.00 adalah purata tabungan terkumpul individu apabila mencecah 55 tahun dan nilai tersebut boleh digunakan untuk pencen sebanyak RM475.00 sebulan (Amaun ini adalah dibawah paras kemiskinan negara) selama 20 tahun.

Tahukah anda?.. Untuk mencapai nilai tabungan dalam akaun 1 sekurang-kurangnya RM120,000 pada usia 55 tahun, seseorang individu itu perlu berpendapatan RM2,300 sebulan dan telah bekerja selama 33 tahun.

Maknanya, seseorang itu perlu mula bekerja pada usia 22 tahun dengan pendapatan sekurang-kurangnya RM2,300 sebulan.. Dengan ini, maknanya peratusan individu yang mampu bersara dengan pencen RM475.00 sebulan selama lagi 20 tahun seperti yang dikatakan adalah amat kecil. Peratusan yang terbesar adalah pencen yang nilainya kurang daripada RM475.00. Cukupkah nilai pencen ini? Fikir-fikirkan...

Untuk cara gandakan simpanan KWSP anda reply post ini.. (Say "NO" to SKIM CEPAT KAYA, Say "YES" to UNIT TRUST)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...