ADSNIAGA

Tuesday, August 17, 2010

CORAT CORET

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini tergerak hati ingin menulis pandangan diri sendiri tentang DUIT. Satu alat kewangan yang amat memeningkan kepala semua orang bila tiada tetapi menggembirakan dan mengujakan bila ianya datang banyak!!! (Hehe...)

Saya sendiri dulu pernah terleka dengan DUIT sehinggakan sering kebocoran wang sebelum gaji masuk. Pening bila memikirkan duit gaji habis sebelum hari ke-2. Bayangkan macammana saya nak rasa kepuasan kerja. Rasa penat adalah... (Hurm...) Lepas tu untuk selesaikan masalah, masa tu satu sahaja jalan yang saya fikir iaitu KAD KREDIT tapi sebenarnya itu hanyalah punca kepada masalah saya yang makin besar.

Saya gunakan KAD KREDIT sehingga habis had perbelanjaan dan mohon lagi KAD KREDIT lain untuk perbelanjaan. Dan tidak sampai setahun selepas itu, hutang KAD KREDIT saya mencecah RM15000 tanpa saya sedari. Ini adalah akibat daripada sikap saya yang hanya membayar nilai minimum untuk setiap kad kredit.

Aduhai, waktu tu hanya tuhan sahaja yang tahu betapa tertekannya saya. Lagi-lagi bila syarikat mengalami kegawatan dan gaji lambat terima. Tidak cukup itu juga, tidak lama lagi saya akan melangsungkan perkahwinan dan bercita-cita untuk membeli kediaman bahagia kami. Memikirkan hutang yang terbeban dan impian yang diinginkan, saya betul-betul tertekan dan sanggup mengikat perut untuk mengumpul duit.

Kalaulah dari mula kerja 5 tahun yang dulu saya simpan 10% dari jumlah gaji saya mungkin saya telah ada RM9,000. Itu belum dividen yang akan saya dapat jika menabung dalam ASB , Syarikat Unit Amanah, Tabung Haji atau mana-mana institusi kewangan. Kalau tak mungkin saya dapat kumpul RM20,000. Uh... Ruginyaa.....

Kalaulah dari dulu saya tahu tentang "Compounding Interest" dan ruginya KAD KREDIT, mungkin kini saya tidak perlu membayar hutang yang banyak dan membebankan. Tapi bersyukur juga kerana dengan inisiatif Bank Negara Malaysia, AKPK ditubuhkan bagi membantu insan yang macam saya.Tersalah langkah buat kali pertama dan mencipta lagi masalah untuk menutup satu masalah..

Alhamdulillah, sejak dari itu saya mulakan penghidupan baru. Kini saya lebih meluangkan masa untuk mengetahui cara menggandakan simpanan saya dan di mana wang saya dapat digandakan dengan baik. Akhirnya, saya temui Public Mutual , pelaburan berlandaskan syariah dan mencipta banyak kejayaan dengan mempunyai pelabur yang paling ramai di Malaysia. Syukran... (",)

Kini, saya pelbagaikan pelaburan saya, tidak hanya di dalam Public Mutual tetapi juga dalam ASB dan Tabung Haji. InsyAllah cita-cita saya ingin mencapai "Kebebasan Kewangan" akan tercapai tidak lama lagi. Diharapkan anda juga ada menyimpan impian tersebut. Dan saya doakan agar kita sama-sama mencapai "Kebebasan Kewangan".

Tetapi dikesempatan ini ingin sekali lagi saya tekankan bahawa jauhilah SKIM CEPAT KAYA agar anda tidak mensia-siakan DUIT yang akan perolehi dari hasil titik peluh anda sendiri. Ingatlah tiada pelaburan yang menawarkan pulangan jangka pendek dan tinggi kepada pelaburnya melainkan pelaburan yang menipu.

Sampai di sini sahaja coretan saya semoga anda semua dirahmati Allah S.W.T.

Wassalam...



2 comments:

  1. kak wani saya pun nak kearah financial freedom
    tapi macam mana nak lari hutang keta, ptptn. hehehe

    ReplyDelete
  2. Hai Asi,

    Hutang mmg kter tak bleh lari tapi kter bleh settlekan sume tu dgn byr lebih dari installment atau lump sum tp dlm masa yg sama savings dari 1/3 dari gaji tu pun penting gak.. Kena masukkan dalam list komitmen utk tiap2 bulan..

    klau kter nak tggu keta ngan ptptn br nak savings smpai bler pun tk capai financial freedom... btul tk? :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...