ADSNIAGA

Monday, July 19, 2010

DANA ISLAM PUBLIC MUTUAL

Nampaknya ada yang request untuk tahu lebih lanjut mengenai dana islam yang dikeluarkan oleh Public Mutual. Thanks for Asie. Sebenarnya dana-dana Islam Public Mutual terbahagi kepada 5 jenis sama seperti dana biasa yang diterbitkan oleh Public Mutual. Iaitu dana ekuiti, dana seimbang, dana bon, dana pendapatan tetap dan dana pasaran wang.

Perbezaan yang besar adalah dari segi objektif setiap dana dan risiko yang terlibat. Dana ekuiti mempunyai risiko yang tinggi berbanding dana lain dan berobjektifkan pertambahan modal. Manakala dana berpendapatan tetap adalah dana berisiko rendah dan berobjektifkan pulangan dividen tahunan.

Dana Islam yang diterbitkan oleh syarikat unit amanah perlu mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti dan IBFIM. Mereka adalah organisasi yang terlibat mengawal pelaburan syarikat unit amanah supaya berlandaskan syariah Islam.

Dana Islam yang pertama diterbitkan oleh Public Mutual adalah Dana Public Ittikal pada 10 April 1997. Dana ini tergolong di bawah dana ekuiti. Objektifnya adalah mencapai pertumbuhan modal yang stabil untuk jangka panjang berlandaskan Syariah Islam.

Walaupun dana ini diterbitkan ketika Malaysia mengalami kegawatan ekonomi akibat "Penyangak Matawang" ianya terbukti mempunyai kekuatan tersendiri apabila telah memenangi pelbagai anugerah atas kekentalan dana ini untuk menjana pulangan yang amat membanggakan. Bayangkan permulaan terbitan 1 unit dana ini bersamaan dengan RM0.25 tetapi hari ini 1 unit dana ini bernilai RM0.82.

Kini terdapat 19 jenis dana Islam yang diterbitkan oleh Public Mutual. Syarikat Unit Amanah No.1 di Malaysia. Boleh lihat carta dibawah, bagaimana prestasi Dana Public Ittikal sejak ianya diterbitkan.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...