ADSNIAGA

Sunday, June 19, 2011

Melabur Sebelum Ianya Benar-Benar Meningkat

Bursa mungkin meningkat

KUALA LUMPUR 19 Jun — Harga saham di Bursa Malaysia diramal melantun minggu depan ekoran sedikit kegiatan membeli saham murah dalam pasaran ketika terdapat kebimbangan pertumbuhan perlahan ekonomi global. Ketua penyelidikan runcit Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan berkata, meskipun sesi dagangan menyaksikan jumlah dagangan yang rendah minggu lepas, tetapi belian secara berhemah dijangkakan minggu depan.

"Kami menjangka lantunan berterusan lebih tinggi sehingga paras 1,560-1,570 mata dengan adanya kegiatan membeli saham murah ketika pasaran berkembang berikutan kejatuhan saham-saham di kebanyakan negara maju," kata beliau.
Beliau berkata, selagi penurunan tidak mencetuskan jualan panik, pihaknya mengekalkan pandangannya bahawa sebarang penurunan merupakan peluang untuk membeli kerana pemulihan dianggap teguh, walaupun agak perlahan.
"Hakikat bahawa Dow Jones ditutup di bawah paras 12,000mata dan menyaksikan kejatuhan tanpa henti bagi minggu ketujuh (kejatuhan paling lama sejak 30 September, 2002) mungkin membayangkan pasaran dinilai terlalu rendah dalam jangka pendek berikutan lebihan jualan yang serius meskipun tiada sebarang kemuncak jualan untuk menyarankan had terendah sebenar dalam jangka sederhana," jelasnya.

Pasaran dijangka terus terjejas akibat isu hutang Greece.

Selain itu, program suntikan mudah tunai kedua (QE2) yang bakal tamat menjelang akhir Jun juga menjadi pemangkin terbesar untuk mempengaruhi pasaran dalam jangka terdekat manakala pakar ekonomi percaya Federal Reserves (Fed) tidak merancang memperkenal QE3, katanya.

Di dalam negara, para pelabur tempatan akan didorong oleh inisiatif Program Transformasi Ekonomi terbaharu yang diumumkan baru-baru ini serta jangkaan tentang kemungkinan perjanjian perdagangan bebas ditandatangani dengan Timur Tengah, Asia Selatan dan negara-negara Amerika.

Bagi minggu baru berakhir, FBM KLCI diniagakan dalam jajaran kecil sebelum mengakhiri minggu ini pada paras lebih tinggi kerana sokongan belian di kaunter-kaunter mewah terpilih seperti Maybank dan Petronas Gas.
FBM KLCI mencatatkan penutupan 7.24 mata lebih teguh pada 1,563.43.

Indeks Kewangan melonjak 119.12 mata kepada 14,747.07, Indeks Perusahaan meningkat 13.32 mata kepada 2,773.78 dan Indeks Perladangan naik 31.2 mata kepada 7,887.69. Indeks FBM Emas mengukuh 25.84 mata kepada 10,739.46 manakala Indeks FBM Ace turun 12.24 mata kepada 4,243.83.

Jumlah dagangan minggu ini bertambah kepada 4.121 bilion saham bernilai RM7.805 bilion daripada 3.674 bilion saham bernilai RM6.608 bilion minggu lepas. Pasaran utama menyaksikan penyusutan jumlah dagangan kepada 2.957 bilion unit bernilai RM7.585 bilion daripada 2.606 bilion unit bernilai RM6.433 bilion minggu lalu.

Pasaran ACE mencatatkan peningkatan jumlah dagangan kepada 869.109 juta saham bernilai RM169.258 juta daripada 790.91 juta unit bernilai RM117.53 juta sebelumnya.

Waran susut jumlahnya kepada 232.483 juta saham bernilai RM33.842 juta daripada 266.08 juta saham bernilai RM52.354 juta Jumaat lepas. — Bernama

Sunday, April 10, 2011

Bicara Penulis 2

Kebanyakkan dari kita beranggapan bahawa kerjaya unit amanah ini hanya sekadar bermodalkan air liur untuk MEMAKSA prospek untuk melabur. Padahal keuntungan yang diwarkan-warkan tidak seindah rupa. Kata mereka lagi konsultan unit amanah ini kata-katanya lebih lembut dari lidah. 

Biarpun apa yang mereka kata, aku bukan menjadikan kerjaya ini sebagai satu platform untuk KAYA tetapi untuk berkongsi ilmu pelaburan yang bangsa lain dah lama dah ambil keUNTUNGan tersebut. Lama dah, tapi kita, baru ni lah nak tau adanya pelaburan unit amanah.

Nak melabur saham?.. Bukan banyak duit pun.. Nak melabur emas?.. Pun guna modal yang tinggi.. Nak pinjam duit untuk melabur?... No.. No.. No.. I strongly not recommend it. Takde duit kumpul duit dulu untuk melabur. 


Apa pun pandangan orang, siapa yang berani akan BERJAYA. Sapa yang dok komplen tengok jelah orang lain kutip untung ye.. :) Kesempatan ini, saya senaraikan RULES OF INVESTING untuk rujukan semua. Semua yang kter buat ada peraturannya, kalau ikut peraturan apa yang orang dapat, itu yang anda akan dapat. (Happy Reading!!)

      1. Do not invest all your money
      2. Do not invest the money you need soon
      3. Never borrow to invest
      4. Do not get emotional
      5. Diversify your Investment
      6. Stay invested
      7. Keep on Investing
      8. Take Professional Advice

Wednesday, March 16, 2011

BANK PERSATUAN MALAYSIA BERHAD


Baru-baru ini, ada seorang kenalan berbincang mengenai pelaburan unit amanah didalam Facebook nya dan dalam banyak-banyak pandangan, saya amat berminat berkenaan pelaburan di dalam Bank Persatuan Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai Bank Persatuan.

Secara ringkasnya, Bank Persatuan adalah bank koperasi yang ditubuhkan dibawah Akta Koperasi 1993. Dulunya, ianya terdiri daripada keanggotaan dari 21 buah Syarikat Kerjasama Kampung di Seberang Prai sehinggalah pada tahun 1971 ianya dibuka kepada orang perseorangan.

Dari segi pembelian syer, ianya terbuka kepada Bumiputra Melayu, warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Pelaburan minimum adalah RM500 @ 50 unit dimana 1 unit=RM10.00. Ada had maksimum pelaburan iaitu RM2,000.00 (berkuatkuasa 1 Januari 2011). Perlu sertai skim takaful RM25 setahun beserta fee RM20. Dividen pernah mencapai 12% pada 2005.

Apa bezanya dengan unit amanah??..
1. Terbuka kepada semua.
2. Pelaburan minimum RM1,000 @ 4000 unit dimana 1 unit= RM0.25.
3. Tiada had maksimum melainkan dana tersebut telah SOLD OUT.
4. Takaful diberikan PERCUMA untuk Public Ittikal Fund jika melabur RM10,000 ke atas.
5. Dividen minimum 12% ke atas.
6. Ada pertumbuhan modal iaitu jika hari ini invest dana harga RM0.25 tahun depan bila dana naik ke RM0.30, secara automatik anda telah untung RM0.05 bagi setiap unit yang anda ada.

Pada pandangan saya, kedua-dua pelaburan ini mungkin berbeza dari segi risiko. Tapi "the higher risk, the higher return". Terpulang kepada risiko yang anda sedia ambil, selagi objektif anda untuk long term, kesan risiko adalah amat kecil.

Pandangan anda amat dialu-alukan.. Bak kata pepatah "Sharing is Caring" :)


Monday, February 21, 2011

MISKIN SELEPAS PENCEN


Tajuk ini saya ambil dari petikan dari blog WANMUS.COM. Amat menarik!

Menurut kajian KWSP, jumlah simpanan RM114,000.00 adalah purata tabungan terkumpul individu apabila mencecah 55 tahun dan nilai tersebut boleh digunakan untuk pencen sebanyak RM475.00 sebulan (Amaun ini adalah dibawah paras kemiskinan negara) selama 20 tahun.

Tahukah anda?.. Untuk mencapai nilai tabungan dalam akaun 1 sekurang-kurangnya RM120,000 pada usia 55 tahun, seseorang individu itu perlu berpendapatan RM2,300 sebulan dan telah bekerja selama 33 tahun.

Maknanya, seseorang itu perlu mula bekerja pada usia 22 tahun dengan pendapatan sekurang-kurangnya RM2,300 sebulan.. Dengan ini, maknanya peratusan individu yang mampu bersara dengan pencen RM475.00 sebulan selama lagi 20 tahun seperti yang dikatakan adalah amat kecil. Peratusan yang terbesar adalah pencen yang nilainya kurang daripada RM475.00. Cukupkah nilai pencen ini? Fikir-fikirkan...

Untuk cara gandakan simpanan KWSP anda reply post ini.. (Say "NO" to SKIM CEPAT KAYA, Say "YES" to UNIT TRUST)


Thursday, February 10, 2011

VALUE ADDED

Salam Sayang,

Untuk mengembangkan lagi minda anda dan saya, di menu sebelah kanan anda saya letakkan beberapa program yang dapat menambahkan pengetahuan disamping menjana kewangan.

Klik dimana program yang anda minat untuk maklumat dan info yang lebih terperinci..

Friday, February 4, 2011

CELIK WANG (Episod: 1)


Petikan dari sinar harian (10 November 2010)

TABIAT MENABUNG.
- Perlu dimulakan dengan menabung sebanyak 10% daripada pendapatan bulanan dan tingkatkan lagi pada masa hadapan ke 20% - 30%.
- Cara menabung:
1. Tulis cek dan masukkan ke dalam akaun simpanan setiap bulan.
2. Buat pemindahan wang melalui ATM
3. Pindahkan dari akaun semasa ke dalam akaun simpanan melalui internet setiap bulan.

Lakukan tabungan secara automatik iaitu arahan dari Bank bagi mengelakkan anda terlupa atau buat-buat lupa.. :)

Simpan sahaja tidak cukup, membina kekayaan adalah mengenai penambahan nilai harta bersih yang menumpukan kepada peningkatan aset melalui simpanan dan PELABURAN. Apabila anda menabung secara berterusan, anda perlu membuat keputusan penting tentang cara melabur wang anda.

Nak tahu bagaimana? Mudah saja.. Nantikan episod seterusnya... ;)


Wednesday, January 26, 2011

CLOSE FOR SALES














Disebabkan sambutan yang menggalakkan dana-dana di bawah telah SOLD OUT!!.. Rugilah bagi mereka yang belum melabur ataupun yang tidak melabur secara konsisten kerana potensi dana-dana tersebut amat membanggakan dan menguntungkan.

  1. Public Bond Fund
  2. Public Islamic Sector Select Fund
  3. Public Islamic Bond Fund
  4. Public Smallcap Fund - SI Only
  5. Public Islamic Opportunities Fund - SI Only
  6. Public Money Market Fund - For EPF Only
  7. Public China Ittikal Fund - SI Only (16/6/2011)
  8. Public Islamic Select Treasures Fund - SI Only. (18/7/2011)
  9. Public Islamic Balanced Fund - 22/7/2011
  10. Public Islamic Asia Balanced Fund - 22/7/2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...